HANTAR KARYA

Maple Comics ialah Syarikat penerbitan komik jenis novel grafik untuk remaja, belia dan orang tua tak sedar diri. Ia memberi tumpuan kepada karya-karya yang seronok untuk dibaca, tidak mengira genre – fiksyen sains, cinta, drama, seram, absurd, bukan fiksyen. Asalkan ia bagus, kami akan terbitkan. Nama syarikat diambil daripada perkataan Mah-Pley, iaitu singkatan daripada ‘makan place’. Tempat makan di Malaysia lebih daripada sekadar tempat untuk makan, ia adalah tempat untuk tonton TV, bercinta dan juga menjana idea-idea hebat yang boleh menakluk dunia. Sasaran kami adalah untuk terbitkan sekurang-kurangnya satu grafik novel setiap 3 bulan.

Jika anda berminat untuk menghasilkan karya untuk Maple Comics, hantarkan idea anda atau contoh sequential art anda ke komikmaple@gmail.com.