MENGENAI KAMI


Maple Comics ialah syarikat penerbitan komik jenis novel grafik untuk remaja, belia dan orang tua tak sedar diri. Ditubuhkan oleh dua rakan penggila komik - Fairul Nizam Ablah dan Amir Hafizi pada 2013 dan menerbitkan komik pertama pada Disember 2014, Maple Comics cuba merencahkan industri komik tanahair dan antarabangsa.

Maple Comics menerbitkan dua jenis komik - fiksyen dan bukan fiksyen. Kami menumpukan pada pembaca yang lebih matang demi membawa medium komik kepada pembaca yang mementingkan seni dan jalan cerita yang lebih padu dan sesuai dengan keadaan semasa.

(Gambar ehsan otw.my)