INVASI

INVASI

Harga RM 20.00

Adaptasi Novel Grafik Keluaran FIXI

KUALA LUMPUR diserang angkatan makhluk asing bergelar PENCEROBOH.
AHMAD BAYANI, marhaen biasa yang terperangkap dalam serangan itu.

Bersama rakan karibnya Anwar dan seorang gadis bernama Ika, Bayani memulakan perjalanan berliku mengharungi kemusnahan dan peperangan yang sudah merebak ke serata kota.

Apakah nasib mereka? Siapa yang akan menghentikan serangan PENCEROBOH itu?

Muhamad Azhar Abdullah seorang penggiat komik, ilustrator, penulis, artis storyboard dan konsep. Antara karya komik beliau, bermula dengan komik terbitan sendiri bersama 6 rakan lain; 'Urban Comics'(2001-2002), Liga Pendekar (2008), Pendekar Melayu Terakhir(2010) dan beberapa antologi Komik - M terbitan PTS.

Beliau juga terlibat dalam bahagian lukisan pre-produksi animasi dalam Ibn Battuta the animated series, Lat Journey to the world bersama Malaysian Philharmonic Orchestra, Sang Wira, Woobie, Nuan & Friends dan Planet Reban. Juga pelukis konsep dan storyboard artist untuk iklan, filem, Pontianak vs Orang Minyak, Papadom 2, Tanda Putera dan Amir & Loqman ke Laut. Presiden PeKOMIK (Persatuan Penggiat Komik Malaysia) bagi penggal 2007-2012. Kini mengajar lukisan di Faculty of Film, Theatre and Animation, UiTM dan juga berkarya komik untuk Majalah Komik Boboi.

KATEGORI BUKU
GENRE AKSI
PENULIS AZHAR ABDULLAH
PENERBIT MAPLE COMICS
BIL. HALAMAN -