JEJON DI JEPUN 3

JEJON DI JEPUN 3

Harga RM 20.00

Setelah setahun di Kyoto, Jejon sudah mula selesa dengan rutin hariannya dan bersedia untuk kehidupan untuk 3 tahun akan datang. Namun, apabila dia mengetahui 'peperiksaan kemasukan' ke universitinya akan diadakan dalam Bahasa Jepun, Jejon terpaksa berdepan kebarangkalian kehidupannya di Kyoto boleh menjadi lebih singkat daripada biasa.

Adakah Jejon terpaksa pulang akibat gagal peperiksaannya, atau adakah dia akan berdepan masalah lain pula? Sambil menikmati keindahan alam semulajadi Kyoto dan perayaan warna-warni di Jepun, Jejon meneruskan pengembaraannya di negara matahari terbit ini!

Jonsuraya ialah seorang kartunis freelance dengan pengalaman lebih 8 tahun.

Dia juga berkecimpung dalam bidang animasi sebagai Creative Director untuk siri TV 'Misi Ady'.

Sekarang dia berada di Kyoto, Jepun untuk meneruskan Ph D researchnya berkaitan Manga di Malaysia, di Kyoto Seika University. Pengajiannya adalah di bawah Monbukagakusho Scholarship.

KATEGORI BUKU
GENRE BACAAN UMUM
PENULIS JONSURAYA
PENERBIT MAPLE COMICS
BIL. HALAMAN 120
ISBN 9789671539828