SIAPA?

SIAPA?

Harga RM 20.00

Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang? Amy terdengar desas-desus Pinky tentang kakaknya Azura.Tidak semena-mena, Pinky dan Azura saling bermusuhan dan berperang dingin.

Radzwil pula terperangkap dalam dunia ketiga-tiga wanita ini. Dia yang sudah lama memendam perasaan terhadap Azura, mula menaruh perasaan pada Amy. Sebagai rakan akrab, Pinky sangat memahami perasaan Radzwill.

Siapa? ialah sebuah kisah tentang persahabatan, hati dan perasaan.

Aadi Salman, atau Adijin, ialah seorang artis komik yang amat berpengaruh di Malaysia sejak penglibatannya dalam Urban Comics, Komikoo dan beberapa penerbitan lain.

Siapa? ialah komik bersiri pertamanya yang mula diterbitkan pada tahun 2001 dengan versi baru beberapa tahun selepas itu.

Aadi ialah illustrator dan artis konsep sebuah syarikat permainan video ternama yang sekarang tinggal di Montreal, Kanada Bersama isteri dan anak-anaknya.

KATEGORI BUKU
GENRE BACAAN UMUM
PENULIS AADI SALMAN
PENERBIT MAPLE COMICS
BIL. HALAMAN 128
ISBN 9789671539873